Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama Kuala Lumpur  
 

 
Terkini-    

Ceramah klik di Sudut Ilmu

 

PAUTAN

 

e-Fatwa

 
Ruangan iklan untuk disewa hanya RM10 sebulan, sila hantarkan maklumat anda di sini

Ruangan iklan untuk disewa, hanya RM20 sebulan. Sila hantar maklumat anda di sini

Hari Ini Dalam Sejarah.

Kini PERKIMTCU sudah mempunyai pejabatnya sendiri yang terletak di dalam kawasan Masjid Al-Ikhwaniah TCU

 
Pejabat PERKIMTCU telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad
Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan Merangkap Ahli Majlis PERKIM Kebangsaan pada 27 Rabiulawal 1433H bersamaan 19 Feb 2012
 
 

Sumbangan

Sumbangan anda amat diperlukan samada dalam bentuk wang ringgit dan sebagainya untuk membantu golongan yang memerlukan. Hulurkan bantuan dengan cara bank-in ke no akaun

Bank Muamalat-          14020001140714

Maybank Islamic              714280114072

(atas nama PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama) atau hubungi kami di sini

 
 

Kealhlian PERKIM TCU

Jumlah keahlian sehingga Dis 2011:
1. Ahli biasa = 117 orang                     2. Ahli seumur hidup = 3 orang
Keahlian terbuka kepada semua tak kira di mana

download borang ahli di sini

 
 
 

Kata-Kata Aluan Pengerusi PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama

 
  Assalamualaikum wbt..

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya laman web PERKIM Cawangan ini dapat diwujudkan. Memang amat bertepatan dengan situasi masakini di mana penyampaian maklumat atau pencarian ilmu tiada batasannya seperti disebut orang dunia tanpa sempadan.

     Setelah lebih sedekad PERKIM Cawangan ini ditubuhkan, banyak kegiatan samada yang besar atau kecil telah diadakan. Tumpuan program tertumpu pada usaha dakwah, pendidikan, bantuan kebajikan, sosial dan banyak lagi. Istimewanya setiap aktiviti yang dilaksanakan bukan untuk ahli sahaja tetapi turut disertai oleh masyarakat sekitar. Namun nama PERKIM ini lebih sinonim bagi asnaf tertentu kerana saban tahun setiap menjelangnya bulan Ramadhan sumbangan bantuan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan saudara muslim terus diadakan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada badan korporat atau individu yang sentiasa sudi menyalurkan sumbangan bagi menjayakan setiap program yang dijalankan.

      Kepada ketua-ketua biro serta jawatankuasanya, saya berharap anda semua teruskan komitmen dan buat perancangan terbaik agar segala aktiviti yang dilaksanakan bukan sekadar aktiviti tetapi ada manfaat yang diperolehi oleh semua pihak. Kepada ahli-ahli pula saya meminta agar melibatkan diri dalam apa jua program.

      Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Zamali Haji Ahmad yang sudi menjadi webmaster bagi mengendalikan laman ini. Semoga usaha beliau dikira sebagai satu jariah disisi Allah SWT. Atas sebarang kekurangan atau kelemahan yang ada saya memohon kemaafan. Teguran membina dari semua amat dialu-alukan untuk penambahbaikan laman ini dari masa kesemasa.

Sekian, wassalam

      
Tn Hj Adam Bin Hj Daud (PJK)
Pengerusi PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama
Merangkap Setiausaha PERKIM Bahagian WP
 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 14

 
Tarikh : 19 Februari 2019 bersamaan 27 Rabiulawal 1433 Hijriyah
 
Masa : 2.00 Petang
 
Tempat : Depan Pejabat PERKIM TCU Dataran Masjid Al Ikhwaniah
 
Dirasmikan oleh : Y.Bhg. Datuk Haji Mohd Nakhaie Hj Ahmad
Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan
Merangkap Ahli Majlis PERKIM Kebangsaan
 

Semua ahli dijemput hadir. Datang jangan tak datang!!!

 

*Tambahan: Menu Istimewa : Kambing Golek

 

Nabi S.A.W bersabda "Amal yang paling baik ada 3, pertama: zikir kepada Allah atas semua keadaan, kedua: jujur atas diri sendiri

dan ketiga: menolong saudara dalam harta". Hadis riwayat Abu Nu'ai

 
   
   
   
   
  Motivasi...  
 

Hatinya Di Masjid

 
 

 

Hampir dua dekad saya dilahirkan, saya tidak pernah melihat kakinya jauh dari masjid. Masjid jugalah menjadi rumah kedua beliau yang sering dikunjungi hampir setiap waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib mahupun Isyak. Ini menjadikan beliau sentiasa berada di barisan saf yang pertama. Tidak pernah melihat beliau menjadi imam, sekadar kudrat menjadi makmum sudah cukup membuatkan saya berasa bangga dengannya. Kini umurnya sudah menjangkau hampir 70 tahun. Kelihatan kedut di muka menjadi tanda usianya yang semakin senja.

Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah at-Taubah : 18)

Saya memanggilnya dengan panggilan abah merangkap pakcik saya sendiri. Rumah kami hanya bersebelahan sahaja. Perhubungan kami juga sangat akrab. Sejak saya kecil sehinggalah dewasa, panggilan abah sudah cukup sebati. Beliau juga pernah menjadi guru Al-Quran ketika saya berumur 9 tahun.

Cerita itu sudah lama. Kini usia saya yang sudah menginjak ke 21 tahun. Namun, apa yang pasti hatinya masih melekat di masjid. Subhanallah. Saya benar-benar terkesan.

Kerjanya bukan di pejabat. Tetapi di bawah panas terik, membanting tulang mencari rezeki. Berkhidmat membina rumah. Itu kerjanya. Kerja orang kampung. Sebelum memulakan kerja, di awal pagi sudah terpacak di kebun getah untuk mencari hasil. Itulah rutin seharian beliau dalam mencari punca rezeki. Namun kini beliau tidak mempunyai kekuatan untuk membina rumah lagi. Kudratnya kini  hanyalah menoreh getah sehingga ke hari ini. Semakin uzur.Namun, hatinya masih melekat di masjid.

ALLAH MENGUJI IMANNYA

Beliau menggunakan motosikalnya setiap kali mahu ke masjid. Tetapi suatu ketika motosikalnya pernah rosak dan tidak boleh digunakan semula. Siapa sangka, beliau sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli motosikal. Siapa kata motosikal tersebut untuk ke bandar? Tidak pernah sesekali. Hanya untuk ke masjid!

Jika saya berada di rumah, saya hanya berkesempatan bersolat di masjid ketika waktu Maghrib dan Isyak. Sepanjang saya hidup, saya tidak pernah melihat beliau di barisan belakang kecuali di saf pertama. Bagaimana insan ini mampu bertahan sehingga hari ini. Kasihnya pada Allah.

Pada tahun 1995, suatu kejadian yang tidak diduga berlaku di depan mata saya. Rumahnya hangus terbakar dijilat api. Ketika itu usia saya baru sahaja berumur 7 tahun dan ketika itu saya sedang bermain 'masak-masak' bersama sepupu. Kedengaran letupan kecil di atas rumah. Saya bingkas bangun dan melihat api sudah marak di bahagian atas. Apa yang saya mampu hanyalah menjerit ketika itu. Apabila mengingatkan kembali peristiwa itu, secara logik akalnya rumah beliau dapat diselamatkan. Namun akibat cemas, mata hanya mampu melihat, hati hanya mampu merintih. Allah sedang mengujinya ketika itu.

Tangisan kedengaran. Saya hanya mampu memandang dari jauh. Kelihatan orang kampung sedang menenangkan beliau. Walau bagaimanapu peristiwa itu sudah hampir 15 tahun berlalu. Ujian menjadikan beliau sentiasa tabah mengharungi kehidupan.

MENGHADAPI HARI-HARI TERAKHIR

Saya tidak mahu masjid di kampung sepi tanpa kehadirannya. Bimbang andai beliau pergi  dahulu sebelum saya. Apa yang boleh saya simpulkan, sifat rendah diri, hidup dalam keadaan serba sederhana menjadikan dunia ini benar-benar sementara buatnya.

"Abah dah tak larat, kau bawaklah (pimpin) tahlil untuk saudara" katanya sewaktu menyerahkan majlis tahlil sempena perhimpunan keluarga besar sebelah ayah saya.

Kata-kata itu menunjukkan isyarat bahawa waktunya hampir tiba. Saya seolah-olah tidak mahu kehilangannya. Siapa mampu menolak suratan takdir. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya. Amin.

- Artikel iLuvislam.com

 

 

 
 

Banyakkan Baca Al-Quran

 
 
 

Rasulullah SAW bersabda yang artinya:

„Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca Al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan ketenangan batin dan limpahan rahmat." (Hadits riwayat Muslim)

 
 
   

 

Qasidah Munajat Kepada Allah




 

 

last updated : 15th Feb 2012

 
 

PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama, No. 6 Jalan Cu 8 Taman Cheras Utama 56000 Kuala Lumpur
(Pengerusi: 019-3815243 Setiausaha: 012-6312934  Bendahari: 019-2621004)
email: admin@perkimtcu.com

  counter on myspace
PENGUNJUNG

Semua Hakcipta Terpelihara © 2009 perkimtcu.com