Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama Kuala Lumpur  
 

 
 
 
 

 

 
 

 
 

 

 

 

  Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah Ta’ala yang telah memudahkan kami untuk merekacipta website ini dan seterusnya menyebarkan ilmu syar’i melalui website ini kepada Sahabat Muslim khasnya dan kepada Saudara-saudara Baru khususnya sekalian. Semoga Allah Ta’ala menjadikan usaha ini sebagai salah satu sebab tersebarnya Sunnah -meskipun sangat kecil- di tengah-tengah Sahabat Muslim dan semoga menjadi amal yang ikhlas dari kami demi mengharap Wajah-Nya serta bermanfaat bagi semuanya. Aamiin.

Disamping itu juga pihak kami mengharapkan sumbangan ikhlas dan zakat dari tuan-tuan samada secara persendirian atau syarikat. Sumbangan dan zakat dari tuan sekalian insyallah mendapat pelepasan dari LHDN. Semoga mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat nanti, insyallah.

Bank-in sumbangan dan zakat tuan-tuan ke akaun:

 - 14020001140714

714280114072

 atas nama PERKIM Cawangan Tmn Cheras Utama

atau hantarkan cek anda ke alamat seperti berikut:

PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama, No. 6, Jalan CU 8, Taman Cheras Utama, 56000 Kuala Lumpur.

selepas bank-in sila sms "zakat@sumbangan nama dan alamat,

jumlah" ke no 019-3815243.

cth1 "zakat Tn Hj Adam B Hj Daud No 6 Jalan CU 8 Taman Cheras Utama 56000 Kuala Lumpur RM100"

cth2 "sumbangan Tn Hj Adam B Hj Daud No 6 Jalan CU 9 Taman Cheras Utama 56000 Kuala Lumpur RM100"

Untuk penambahbaikkan sebarang komen, cadangan, sumbangan dan sebagainya silalah isi buku tamu di bawah ini:

 
Nama*:
Email Address*:
Lamanweb:
Negeri:
Alamat:
Mesej Anda*:
Click here to create your own form.
*required
   
    1. Badrul Hisham b. Mohd Zahir
    Email : badrul@thechickenriceshop.com
    Lamanweb : http://www.thechickenriceshop.com
    Negeri : Kuala Lumpur
    Alamat : No.18, Jalan CU4, Taman Cheras Utama,
                   Kuala Lumpur
    Mesej Anda : Tahniah kerana telah berjaya mengujudkan
                          website pertubuhan kita
 
    2. Lianna
    Email : Lianna_indah@yahoo.com
    Negeri : Kuala Lumpur
    Mesej Anda : Saya berpendapat kalendar Hijrah dan Masihi
    wajar terus diletakkan di dalam website ini dan syabas
    diucapkan.              
 
    3. Lianna
    Email : Lianna_indah@yahoo.com
    Negeri : Kuala Lumpur
    Mesej Anda : INDAHNYA BUDI PEKERTI
                         -Berziarah kerana Allah-
                         
    "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat
    dengan orang-orang yang beribadat kepada
    Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
    yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata".
                           -Surah Al-Kahfi, Ayat 28
                         
 
    4. Hj Noor Azmi b. Mat Nor
    Email : noraazmie@yahoo.com
    Negeri : Kuala Lumpur
    Mesej Anda : Syabas,Kini PERKIM-TCU mempunyai laman  
    webnya sendiri dan menarik, bagus juga kalau
    dapat pautan ke laman web cawangan PERKIM
    lain di seluruh WP jika boleh, selain submit
    msg/cadangan, pelayar internet dapat submit
    gambar untuk beri sumbangan kepada web ini
 
    ....Mereka itulah orang-orang yang kami terima
    dari mereka amal baik yang telah mereka
    kerjakan dan kami ampuni kesalahan-kesalahan
    mereka bersama penghuni-penghuni syurga
    sebagai janji benar yang telah dijanjikan kepada
    mereka.. (Al-Ahqaf:16)
 
    5. Abd Razak B. Md Ros
    Email : razak_mbc@yahoo.com
    Negeri : Kuala Lumpur
    Mesej Anda : Assalamualaikum...
    Tahniah kepada En Zamali kerana telah membuat lamanweb
    dengan baik dan cemerlang. Di sini saya ingin memberi
    pendapat betapa tanggungjawab kita yang diamanahkan
    sebagai ahli PERKIM dan juga jemaah qariah TCU untuk
    memberi dakwah kepada penduduk setempat dengan adanya
    PERKIM TCU sebagai platform untuk bergerak dengan memberi
    sedikit kesedaran kepada anak-anak muda untuk terlibat
    dengan aktiviti keagamaan di mana sekarang didapati gejala
    sosial yang begitu parah melanda anak-anak muda yang kita
    tidak dapat mengekangnya dari masa ke semasa.
    Dengan sedikit sumbangan dakwah yang dijalankan berupa
    ceramah bulanan atau motivasi dikira dapat juga
    menjernihkan suasana yang kelamkabut untuk santapan dan
    makanan hati dan jiwa anak muda yang tidak berpenghujung
    masalah juga dapat meredakan kekalutan ibu ayah yang
    mahu melihat anak generasi mereka menjadi orang yang
    berjaya di dunia dan akhirat. Dengan tarbiah yang berterusan
    yang dilakukan ini akan dapat mengubah suasana masyarakat
    setempat dengan lebih teratur dan terkawal. Insyallah.
  
    6. Wan Omar B. Wan Mahmud
    Email : wanomar@petronas.com.my
    Negeri : Kuala Lumpur
    Mesej Anda : Tahniah kepada semua yang terlibat dengan        
    majlis  Forum Perdana malam tadi (9 Mei 09). Komen yang saya
    dapati, semuanya berpuas hati dengan program tersebut yang
    telah dijayakan dengan penuh meriah. Jemaah qariah
    Madrasah As-Solihin terimakasih banyak2 kerjasama anda
    sangat dihargai. Tahniah sekali lagi
 
    7. Balya Amin b. Yusoff @ Che Man
    Email : balya@jupem.gov.my
    Negeri : Kuala Lumpur
    Mesej Anda : Tahniah kepada PERKIM-TCU kerana telah berjaya
    mewujudkan laman webnya sendiri. Semoga usaha ini
    mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT
 
     8 . Hj Adam Bin Hj Daud
     Email : hjadamhjdaud@live.com
     Negeri : Kuala Lumpur
     Mesej Anda : Selaku Pengerusi Cawangan,saya mengucapkan
     setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan terima kasih kepada 
     semua AJK dan Urusetia serta ahli-ahli yang sentiasa
     memberikan kerjasama dan sokongan kepada beberapa
     program yang telah dilaksanakan. Semua aktiviti mendapat
     sambutan diluar jangkaan dan usaha yang sedikit ini mudah-
     mudahan memberi menfaat pada semua yang hadir dan
     diberkati oleh Allah SWT. Terima kasih juga kepada pihak
     Masjid Al-Ikhwaniah yang terus memberikan kerjasama,dan
     ahli-ahli dari Madrasah As Solehin yang tidak jemu-jemu
     memberikan yang terbaik terutama dalam persiapan pentas.
     Mudah-mudahan usaha sedemikian dapat dipertingkatkan
     dan ikhlaskan hati kalian agar usaha dakwah yang
     dicorakkan sedemikian rupa tetap diberikan ganjaran oleh
     Allah, insya Allah.
 
     9.  PERKIM Kebangsaan
     Email : info@perkim.net.my
     Lamanweb : http://www.perkim.net.my
     Negeri : Kuala Lumpur
     Mesej Anda : Assalamualaikum, salam persaudaraan untuk
     PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama.
     Tahniah di atas kejayaan membina laman web dan antara
     cawangan Perkim Wilayah Persekutuan yang aktif dalam
     pelbagai aktiviti serta program. Semoga usaha-usaha dakwah,
     kebajikan dan pendidikan yang dilakukan oleh PERKIM TCU
     mendapat keberkatan Allah dalam memperjuangkan agama
     Islam yang murni ini. Tahniah sekali lagi.
 
     "ISLAM ITU PERSAUDARAAN"
     Wassalam...
 
   
 
 

PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama, No. 6 Jalan Cu 8 Taman Cheras Utama 56000 Kuala Lumpur
(Pengerusi: 019-3815243 Setiausaha: 012-6312934  Bendahari: 019-2621004)
email:
admin@perkimtcu.com

Semua Hakcipta Terpelihara © 2009 perkimtcu.com

  counter on myspace
PENGUNJUNG