Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama Kuala Lumpur  
 

 
 
 
 

 

 
 

 
 

 

 

 

Aktiviti 2012

Aktiviti 2011

Aktiviti 2010

Aktiviti 2009

Aktiviti 2008

Aktiviti 2013
 
 
 

Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian WP ke 36

Mesyuarat tersebut diadakan pada 23 Mac 2013 hari Sabtu bertempat di Brisdale International Hotel, Off Jalan  Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Seramai 5 orang perwakilan dan 3 orang pemerhati dari Cawangan ini telah menghadiri mesyuarat tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan.  Setiausaha Kehormat PERKIM WP merangkap Pengerusi PERKIM Cawangan TCU telah menyampaikan ucapan aluannya sebelum ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tan Sri.

            Pada majlis tersebut diadakan juga majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Koperasi PERKIM Kuala Lumpur Berhad dengan Syarikat pengendali Ibadah Qurban WP & Selangor. Mesyuarat Agung kali ini turut diadakan pemilihan Jawatankuasa baru sesi 2013/2015. Pengendalian dan susunatur pengundian berjalan dengan teratur dan lancar dibawah seliaan Tuan Lt. Kol. Azrie Mokhtar yang dilantik khas bagi tujuan tersebut. Mesyuarat tamat pada jam 1.00 petang dan diakhiri dengan bacaan doa
 

 

 
 

Sambutan Maulidur Rasul SAW & Program Dakwah Di Kuala Kelawang

 

Program tersebut dilaksanakan di Masjid Sungai Relai, Kampong Simpang Gelami Kuala Klawang Jelebu N.Sembilan pada 20 Februari 2013. Bermula selepas solat maghrib dengan para jemaah sama-sama berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW, ucapan aluan dari pihak masjid, ucapan balas dari pihak PERKIM seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdul Razak Mahadi, seorang pensyarah Jabatan Al Quran dan As Sunnah dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi. Kehadiran pendengar dimajlis tersebut  amat membanggakan.

            Bagi menceriakan lagi majlis pada malam tersebut, soalan kuiz diberikan kepada pelajar-pelajar yang turut hadir dan hadiah diberi kepada mereka yang menjawab dengan betul. Selain itu sumbangan kepada 10 orang fakir miskin dan 10 orang anak yatim dari qariah masjid tersebut turut disampaikan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam dan pihak Masjid Sungai Relai mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PERKIM Cawangan TCU atas pelbagai sumbangan yang diberikan itu

 

 

 

   

   

   
   
   

Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan TCU kali ke 15

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Taman Cheras Utama telah diadakan pada 17 Februari 2013 bersamaan 6 Rabiulakhir 1434 H. Diadakan dihadapan Pejabat PERKIM Cawangan di Dataran Masjid Al Ikhwaniah, TCU bermula jam 9.00 malam. Seramai 58 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut dan selebihnya adalah para jemputan dan pemerhati.. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik  Md Shukor bin Aziz, Bendahari Kehormat PERKIM Bahagian W. Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Bendahari Koperasi PERKIM Kuala Lumpur Berhad.

            Selepas majlis perasmian turut diadakan majlis penyampaian sumbangan hadiah galakan kepada  pelajar anak-anak ahli yang berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR tahun 2012 yang lalu. Juga sumbangan tahunan kepada pihak Masjid yang diterima sendiri oleh Bendaharinya En. Badrul Hisham. Selepas selesai mesyuarat jamuan diadakan dan BBQ kambing telah ditaja oleh Kapt.(B) Ruhizat bin Safie. Mesyuarat berjalan dengan teratur dan lancar dibawah kendalian Tuan Haji Mohsin selaku Pengerusi Tetap dan Timbalannya Tuan Haji Yusof.  Jawatankuasa serta urusetia merakamkan ribuan terima kasih pada semua yang hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ke 15 ini
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PERKIM Cawangan Taman Cheras Utama, No. 6 Jalan Cu 8 Taman Cheras Utama 56000 Kuala Lumpur
(Pengerusi: 019-3815243 Setiausaha:
012-6312934  Bendahari: 019-2621004)
email:
admin@perkimtcu.com

Semua Hakcipta Terpelihara © 2009 perkimtcu.com 

  counter on myspace
PENGUNJUNG